PENDAHULUAN

JA Travel & Tours Sdn. Bhd. (JATT) telah diperbadankan secara rasmi pada 06 Disember Tahun 2017. Perniagaan yang berasaskan perkhidmatan pelancongan ini memulakan operasi perniagaanya di sebuah kompleks perniagaan terkemuka di daerah Setapak Jaya dan kini beroperasi di Suite 2-2-1, Tingkat 2 Wisma Rampai, Kuala Lumpur. Dengan sasaran bidang utama iaitu menjalankan perniagaan pengendalian pelancongan serta perniagaan agensi pengembaraan JATT telah menyahut seruan kerajaan didalam menyemarakan industri pelancongan negara dengan menempatkan syarikat ini sebagai salah sebuah syarikat pelancongan berdaftar dan berlesen yang berada di Malaysia.

Kepelbagaian tawaran produk pelancongan dan sambutan yang amat mengalakkan didalam sektor pelancongan negara telah memacu JATT bagi menceburi bidang industri pelancongan Dalam Negeri, Luar Negeri, Umrah dan Tiket Penerbangan, terutama di dalam sektor pelancongan keagamaan (Umrah) yang memfokuskan kepada Jemaah umrah yang kurang sihat & Keluarga berserta anak-anak kecil serta produk Pelancongan kesihatan yang semakin mendapat tempat dihati pembeli produk pelancongan di Malaysia. Idea pemfokusan produk ini terhasil dari latar belakang pendidikan pemilik JATT yang mempunyai kelulusan didalam bidang perniagaan dan kesihatan. Gabungan daripada pengalaman dan kelulusan ini digarapkan menjadi fokus dan matlamat syarikat didalam menentukan halatuju dan misi syarikat dimasa hadapan.

Adalah menjadi impian JA Travel & Tours Sdn. Bhd. bagi menembusi industri pelancongan dan menempatkan diri sebaris dengan syarikat pelancongan berdaftar lain tetapi dengan fokus dan misi yang telah ditetapkan iaitu penyedia perkhidmatan umrah yang memfokuskan kesihatan dan pelancongan kesihatan secara khasnya. Harapan JATT agar dapat menjadi sebuah agensi pelancongan yang mempunyai identiti berteraskan perkhidmatan pelancongan dengan kesihatan dan dan dapat mengembangkan sektor pelancongan negara serta mempromosikan keunikan dan kelebihan negara Malaysia di mata dunia.

VISI SYARIKAT

“JATT CEPAT MANTAP”

Syarikat JA Travel & Tours Sdn. Bhd. mempunyai visi bagi melayani pelanggan dalam masa yang cepat dan tetap memberikan perkhidmatan yang mantap bagi memenuhi keperluan pelanggan dan menjaga imej syarikat.

MISI SYARIKAT

• Melayani permintaan pelanggan dalam tempoh yang singkat.
• Menerima permintaan urusan saat akhir dengan syarat pembayaran dijelaskan.
• Menyantuni pelanggan bermasalah kesihatan.
• Menerajui Umrah berteraskan kesihatan pertama di Malaysia.

OBJEKTIF SYARIKAT

• Menjadi Agensi Pelancongan Umrah Pertama menyediakan pakej umrah/ haji berteraskan kesihatan.
• Meneraju Sektor Pelancongan Kesihatan (Health Tourism) di Malaysia.
• Melayani permintaan perkhidmatan Pelancongan pada saat-saat akhir dengan syarat yang ditetapkan.

Ready to book our packages? Lets Explore!

Lost your password?

User registration is disabled for now. Contact site administrator.

or

Sign in With...

  • efaeff
  • affsf
  • afsfaf